Ahad, 27 Januari 2013

sahabat, teman, kawan,rakan, member???

sahabat, teman, kawan, rakan mahupun member..
terma2 ini sering kita gunakan untuk menerangkan orang yang berada disekeliling kita.. betul bukan??
adakah sama maksud setiap terma2 ini??
ada yang beranggapan setiap kalimah ini membawa erti yang berbeza dan ada yang beranggapan, tafsiran perkataan2 ini sama sahaja.. kerana semuanya cuma menerangkan 1 maksud ; KAWAN..
namun, semakin lama kita berjalan sebagai khalifah di bumi ini, semakin kita mengerti selisih makna kalimah2 ini..

selama ini, ku mencari-cari,
teman yang sejati,
buat menemani,
perjuangan suci~

begitu indah susun kata lagu "Teman Sejati" nukilan Brothers ini.. setiap kali lagu ini aku putar, aku akan terbayang sejenak wajah2 KAWAN yang pernah aku temui..
aku rasa ramai orang yang mempunyai pengalaman seperti aku..

sewaktu di bangku sekolah rendah, KAWAN2 kita lain,
meningkat ke sekolah menengah, KAWAN2 kita berbeza,
melonjak ke universiti, berlainan pula KAWAN2 kita,
menempuhi dunia kerjaya, KAWAN2 kita lain juga..

ini belum dikira, KAWAN kita di perumahan,
KAWAN yang kita jumpa sewaktu bersiar-siar ataupun di kedai2 mamak,
KAWAN di alam maya, sosial2 website..

sedar ataupun tidak, orang yang kita gelar KAWAN ini mungkin melebihi ribuan orang..!!

kembali kepada persoalan pokok tadi,  adakah sama setiap maksud terma "sahabat", "teman", "kawan", "rakan" mahupun "member"???

bagi aku, sepanjang hidup ini, aku dah temui apa yang dikatakan perbezaan sahabat, teman, kawan, rakan mahupun member..

jadi, apakah bezanya?? apakah khilafnya?? apakah selisihnya??

 bagi aku, jawapan bagi persoalan ini sangat halus dan subjektif..

Setiap insan meniti kehidupan dunia dengan cara yang variasi dan pelbagai..
oleh itu, pemandangan dan pengalaman masing2 berbeza.. 

justeru, aku rasa kamu pasti ada jawapannya..

Ahad, 20 Januari 2013

Seminar anak2 istimewa kepada insan yang mulia

     Hujung tahun lepas, aku terlibat secara langsung dengan seminar ini..
anak istimewa adalah golongan2 yang kekurangan sifat (buta/bisu/pekak) atau kita lebih kenal mereka dengan OKU..
namun, istilah anak istimewa ini khas kepada golongan yang dibawah umur..
sebenarnya, mereka kurang mendapat perhatian dalam aspek pendidikan islam.
siapa kata Orang buta/ bisu/ pekak tak boleh belajar & baca Al-Quran??
cuma kaedah pembelajaran mereka agak sukar berbanding kita..
 Aku tertarik dengan seorang Cina Muallaf yang buta menceritakan pengalaman beliau.
Beliau masuk Islam ketika berumur 14thn. Tapi, hanya mengenali Quran 6 thn kemudian..
ini kerana kurang masyarakat kita yang mahu ajar golongan ini..
Mungkin ada yang bersimpati, tapi tak tahu bagaimana untuk membantu mereka yang istimewa ini..
tidak hairanlah beliau sanggup ke Afrika Selatan untuk belajar membaca Al-Quran "Braille"..
gambar kenangan penganjur bersama pembentang seminar

Selain itu, pembentang2 lain ada juga berkongsi pengalaman & kaedah mengajar anak2 istimewa ini..
terlintas di sudut hati aku.. kalau kita tidak mahu mengajar mereka, siapa lagi yang mahu ajar mereka??
terutama OKU yang bukan islam tetapi tertarik dengan islam.. 

Siapa yang mahu ajar mereka syariat islam??
Siapa yang mahu ajar mereka baca Al-Quran??
Siapa yang  mahu bimbing mereka dengan Sunnah Nabi kita??
tentunya KITA..
aku rasa tak salah jika aku hukumkan perkara ini Fardhu Kifayah..
alangkah ruginya kalau Kristian amik peluang ini untuk tarik mereka kedalam Kristian..
ingatlah, setiap kita wajib berdakwah kepada DiRi, Ahli Keluarga, Sahabat2 dan kepada Masyarakat.. ^_^



Sabtu, 19 Januari 2013

salam dunia blog

19 Jan 2013
aku baru tergerak untuk menulis blog aku sendiri..
semoga perkongsian ilmu dan pribadi ini memberi manfaat tuk tatapan umum